(ViraL) Ngerii..Akibat Leka Bermain, Bayi 5 Bulan Nyaris Maut Penyepit Makanan Tercucuk dlm Mulut

loading...
"Awalnya dia cuma bermain dgn penyepit sambil menyuap makanan..tiba-tiba dia terjatuh sambil penyepit tersebut tercacak dlm mulutnya..nasib tidak terkena saraf yg penting..apa pun, sy nasihatkan ibu bapa, hati-hati ketika bayi dan anak-anak kita mkn..ianya cukup bahaya.."

Ngerii..Akibat Leka Bermain, Bayi 5 Bulan Nyaris Maut Penyepit Makanan Tercucuk dlm Mulut





Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk di tekaknya.
Kejadian di wilayah Hubei itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu yang berada di atas alat bantuan berjalan bermain dengan penyepit makanan sebelum terjatuh.
Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh.
Ibu bapa mangsa yang bergegas mendapatkan anak mereka terkejut selepas mendapati mulut kanak-kanak itu berdarah dengan penyepit makanan tercucuk di tekak.
Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut.
Doktor pada mulanya terkejut apabila melihat kanak-kanak itu, tetapi mendapati kecederaannya tidak parah.
Selepas menjalani pembedahan selama satu jam, doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.
Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak terkena saraf dan saluran darah penting.
Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi.
Ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terpaksa dirawat di hospital selepas tercucuk penyepit makanan di China.
Awal tahun ini seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani satu pembedahan selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk hingga ke otaknya.
Kanak-kanak berusia setahun itu dilaporkan sedang makan sebelum terjatuh menyebabkan penyepit makanan tercucuk ke dalam lubang hidung hingga ke otak.
loading...

0 Response to "(ViraL) Ngerii..Akibat Leka Bermain, Bayi 5 Bulan Nyaris Maut Penyepit Makanan Tercucuk dlm Mulut"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close